Prosedur sewaan dengan Rentism:
- Rakyat Malaysia sahaja. Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pastikan penyewa telah membaca secara teperinci terma dan syarat Rentism.
- Penyewa perlu menghubungi staf Rentism dan pastikan semakan item kamera dan sebagainya telah dibuat.
- Kami sarankan menghubungi staf Rentism di dalam aplikasi whatsapp secara mesej. Boleh whatsapp di number sistem rentism 013-7920299 untuk mendapatkan link terus kepada staf kami.
- Penyewa akan dapat ‘auto reply’ daripada Rentism dan hendaklah mengisi maklumat yang diperlukan seperti tarikh sewa, bilangan hari dan item yang hendak disewa untuk memudahkan staf kami semak.
- Deposit keselamatan (safety deposit) adalah wajib berdasarkan cas yang dikenakan mengikut item sama ada RM50 atau RM100 untuk satu item. Deposit keselamatan akan dipulangkan sewaktu barang dihantar jika tiada apa-apa isu terhadap item yang disewa.
- Penyewa hendahlah mengisi ‘FORM’ atau borang yang diberikan oleh Rentism.
- Email akan dihantar untuk makluman tarikh, waktu ambil item dan pulang. Pastikan penyewa menyemak email.
- Dengan menyewa dengan Rentism bermaksud penyewa bersetuju dengan semua syarat dan terma yang telah dinyatakan di dalam terma dan syarat di dalam laman sesawang ini.