fbpx

Terms & Conditions

Terma dan syarat Rentism:

i: Utama

  1. Apabila anda menghubungi atau menyewa dengan Rentism bermakna anda telah faham dengan segala terma dan syarat Rentism.
  2. Rentism berhak untuk mengubah terma dan syarat di dalam ‘website’ ini tanpa sebarang notis.
  3. Rentism berhak untuk tidak berurusan dengan mana-mana pihak yang dirasakan tidak perlu, tidak diyakini dan tidak mengiktiraf kredibiliti Rentism.
  4. Punca kuasa diberikan kepada Rentism apabila penyewa mengisi borang/’FORM’ di dalam aplikasi whatsapp atau menandatangani resit yang diberikan oleh Rentism dengan maksud penyewa telah bersetuju dengan terma dan syarat daripada Rentism dan berada di bawah perjanjian memperakui butiran-butiran seperti yang tertera di dalam ‘website’ ini sehinggalah urusan sewaan selesai. 

ii: Sebelum menyewa

  1. Penyewa mestilah warganegara Malaysia. FOR MALAYSIAN ONLY.
  2. Jika penyewa mewakili mana-mana pihak, tanggungjawab adalah di atas nama penyewa. 

iii: Sewaktu proses sewa:

  1. Penyewa wajib menyediakan IC asal termasuk salinan IC dan bil utiliti semasa atau kad pelajar atau dll.
  2. Penyewa mestilah memeriksa keadaan barang sebelum menyewa. Pastikan barang yang disewa dalam keadaan yang baik dan bersesuaian dengan barang penyewa. 
  3. Penyewa perlu membawa body kamera atau lens kamera yang ingin digunakan bersama barang Rentism untuk disemak kondisi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.
  4. Staf Rentism akan merekod video atau gambar kondisi barang yang disewa. Disarankan penyewa juga merekod video atau gambar untuk memudahkan urusan jika terjadi apa-apa isu.

iv: Dalam tempoh sewa

  1. Penyewa hendaklah menjaga barang yang disewa dengan baik.
  2. Sebarang kerosakkan dalam tempoh penyewaan adalah tanggungjawab penyewa. 
  3. Cas sewaan seperti yang dipersetujui tidak akan dipulangkan walaupun barang tidak digunakan atau berlaku masalah teknikal yang bukan berasal daripada pihak Rentism.
  4. Sebarang masalah yang berlaku kepada barang yang disewa perlu dimaklumkan segera kepada Rentism untuk catatan dan tindakkan yang sewajarnya.
  5. Rentism cuba membantu jika ada sebarang masalah yang terjadi sewaktu barang disewa, jika Rentism merasakan perlu dan masih sempat mengantar barang baru sebagai ganti barang yang bermasalah. Kos pengantaran dikenakan kepada penyewa.

v: Pengiraan hari

  1. Kiraan berdasarkan 24 jam bermula daripada waktu asal kamera atau barang perlu diambil. Jika penyewa menyewa dalam tempoh sehari dan mengambil barang pada waktu pagi 9:30am-11:00am. Penyewa perlu mengantar pada pukul 9:30am-11:00am keesokan harinya.
  2. Pengambilan dan penghantaran barang hendaklah mengikut waktu operasi kami seperti yang dimaklumkan iaitu 9:30am-11:00am atau 9:30pm-11:00pm.
  3. Bagi harga promosi 3 hari dan ke atas kiraan hari adalah berturut-turut. 

vi: Deposit keselamatan (‘safety deposit’)

  1. Bayaran penuh hendaklah dibuat sewaktu mengambil barang. 
  2. Deposit keselamatan akan dipulangkan sewaktu barang selesai disemak. Sama ada sewaktu barang dihantar atau diwaktu lain selewat-lewatnya 24 jam.
  3. Rentism berhak mengenakan cas tambahan dengan menolak daripada wang deposit keselamatan jika ada sebarang kecacatan, kerosakkan, barang tertukar dan kehilanggan daripada barang yang disewa.

vii: Tempahan atau ‘booking’

  1. Penyewa hendaklah membayar ‘booking’ minimum sebanyak rm20 atau jumlah yang dikeluarkan oleh staf kami mengikut jumlah barang yang disewa.
  2. Pembatalan ‘booking’ mestilah dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh sewaan. Jika anda gagal berbuat demikian. Deposit ‘booking’ tidak akan dikembalikan. 
  3. Rentism mendahulukan penyewa yang membayar deposit ‘booking’.
  4. ‘Booking’ perlu dibayar selewat-lewatnya 1 jam selepas mendapat maklum yang barang masih ada daripada staf Rentism.
  5. Rentism berhak mengambil penyewa lain jika deposit ‘booking’ tidak dibuat.

viii: Pembatalan

  1. Deposit ‘booking’ tidak akan dikembalikan jika pembatalan dibuat kurang daripada 7 hari atau ‘last minute’
  2. Bayaran sewaan tidak akan dikembalikan walaupun barang tidak digunakan atau dikembalikan lebih awal daripada tempoh sebenar. 

ix: Kelewatan

  1. Untuk mengelakkan sebarang masalah, kelewatan memulangkan barang yang disewa adalah tidak dibenarkan.
  2. Jika ada kelewatan yang tidak dapat dielakan sila whatsapp staf Rentism untuk makluman.
  3. Kegagalan berbuat demikian akan dicas tambahan mengikut kadar sewaan semasa. 
  4. Jika berlaku sebarang kelewatan dan tiada maklum balas selama 12 jam. Rentism akan mengklafikasikan sebagai kes curi.

x: Maklumat personal

  1. Segala maklumat personal seperti IC, alamat rumah dan lain-lain adalah sulit dan Rentism tidak berhak untuk memberikan atau sebarkan kepada mana-mana pihak. Kecuali berlaku kes penipuan dan salah laku.
  2. Rentism boleh menyebarkan atau mengviralkan maklumat tersebut tanpa ada tapisan di media sosial.
  3. Jika penyewa tidak memberikan maklumat yang diperlukan oleh Rentism. Rentism berhak membatalkan urusniaga.

xi: Tuntukan gantirugi

  1. Rentism berhak meminta ganti rugi kepada penyewa, ibu bapa penyewa atau waris penyewa.
  2. Laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat untuk mendapatkan punca kuasa menuntut ganti rugi.
  3. Peringatan akan diberikan sebelum penyewa dimasukkan ke dalam senarai hitam. 
  4. Rentism tidak bertanggungjawab ke atas kesan yang dihadapi oleh penyewa disebabkan kes yang viral di media sosial. Penyewa tidak berhak meminta ganti rugi.  

xii: Pelanggan ulangan:

  1. Pelanggan ulangan perlu mengikut prosedur, terma dan syarat seperti penyewa awal.

xiii: Pelanggan syarikat:

  1. Segala prosedur yang ditetapkan adalah sama kepada penyewa syarikat.
  2. Pihak syarikat yang meminta invois perlu membuat bayaran penuh selepas menerima invois untuk melancarkan urusan penyewaan.

xiv: Penghantaran 

  1. Rentism menyediakan penghantaran terus ke rumah atau ke tempah yang dipersetujui.
  2. Cas penhantaran mengikut cas semasa seperti mana yang diberikan di dalam whatsapp. Penyewa boleh berurusan langsung dengan staf rentism. 

xv: Promosi dan diskaun

  1. Penyewa boleh bertanya terus kepada staf Rentism. Biasanya sewaan barang harian ada diskaun jiwa disewa dalam tempoh dua hari dan ke atas.

xvi: Lain-lain:

  1. Permintaan untuk melihat barang untuk tujuan ‘survey’ hanyalah melalui temujanji sahaja.